Sunday, 22 November 2015

Backpack to Krabi #3

PHI PHI ISLAND TOUR

16/11

Tepat jam 8.00 kitorg tggu kat depan hotel n 5 minit lepastu terus sampai pick up lori. Lori ke? Tah laa. N dia bg sticker berwarna utk lekat kat baju. (Utk bahagi group).


pagi di Ao Nang
Lepas je dia amik kitorg, dia amik pulak org2 kat hotel lain then pegi sampai la di Nopparathara Beach tmpt nk naik speed boat tu.

Then kena tggu jap sampai tour guide pun dtg n panggil group.

HAA.. Masa tgh tggu ni ada makcik ni tegur...

''ehh semalam mcm mana? dia bg balik? Aunty ada kat airport semalam.. terkejut jugak tiba2 je dia marah2. tp xde apa la ek.. acah2 jela?''

haaa malu woii... makcik ni ada rupanya masa 'insiden' hari pertama kat airport.. dia siap ingat muka aku lagi. aku pun x perasan dia ada sbb ramai sgt.

kalau nk tau insiden apa korg boleh baca dulu entry ni... Kisah paling sedehhh !

ok sambung..

Mcm kitorg dpt sticker biru. So dia panggil 'blue colour!!'.. So kitorg pun berkumpul..

lepas kumpul, dia kenalkan diri dia, brief itu ini.. blabla. then bertolak ke boat.

makcik pakai topi ni laa yg tanya.. malu siakkk..
jalan ke speed boat..
Tempat pertama yg dituju adalah Bamboo Island.. perjalanan ambil masa lebih kurang 45 minit...

Bamboo Island

Kawasan pulau mmg lawa.. pasir dia putih bersih.. dinasihatkan siapa yg dtg bawak sunglasses sbb pulau ni agak silau lagi2 matahari tgh terpacak..




Kat sini sempatla ambil2 gmbr, swimming n sunburn feeling2 mat saleh walhal muka mmg dh natural rentung.

dia bg 40 minit je utk kat sini.. kemudian ke next stop...

Viking Cave

Viking cave ni sarang burung yg terbentuk secara semula jadi. ni sightseeing je so tgk dr boat jelaa.


Pileh Bay

Pun tak boleh turun jugak sbb kat sini dia tunjuk betapa lawa nya bay ni.. Mmg lawa. Sbb boleh tgk sampai dasar. Air dia sangat sangat crystal clear. Mcm kaca lah.

Kalau ikut kata tour guide tu dia kata nama Pileh ni diambil dr Bahasa Melayu 'Bilik'.. kenapa tu x tau laa sbb x dgr sgt masa dia explain + eksaitedd giloks.

Kat sini rasanya boleh je mandi sbb tgk ada boat2 lain bg guest dia mandi.. tp kitorg x de pun mandi. tah laaa.. pakej lain kot. hikss.



Maya Bay

Selepas ke Pileh Bay, kemudian perjalanan diteruskan selama agak2 15 minit n sampai di Maya Bay..

Tmpt ni kalau sebut je mmg famous dgn filem The Beach yg dibintangi Leonardo DiCaprio..



Tmpt ni lawa tp ramai sangat sangat. Maya bay bersambung dgn Loh Samah Bay yg terletak belah belakang dia. Jalan x sampai 5 minit dah sampai..



Dalam pukul 12 lebih kitorg bertolak pula  ke Phi Phi Don Island utk makan tengah hari.

Phi Phi Don Island

Dalam pukul 12.30 kitorg sampai pulau ni..

Turun2 je terus pegi tmpt nk makan n mencekik puas2.. Harga makanan ni dh termasuk sekali dlm pakej n makanan dia style buffet dan halal.. tambah jelaa nk tambah banyak mana punn.

Nama Phi Phi ni diambil dr perkataan Api.. nk tau lagi wikipedia ajorkkk.

Tudiaaa mcm x makan setahun.. hek elehh x sarapan laa pagi td xD
Don't worry kalau rasa x makan nasi yg feeling2 mat saleh tu, ada spaghetti, salad n hidangan lain.. lauk pun banyak pilihan.. tak tau laa hari2 menu yg sama or tukar2 itu x pasti.. 

Lepas makan, ddk2 jap melayan phone n jalan2 sekitar phi2 island ni.. 

Sini pun ada jual2 souvenir kalau nk beli.. 


nice view in phi2 island.. perkampungan org Islam.
Pantai kat sini pun lawa... ala2 hawaii gituu.



Lepas sejam dekat Phi Phi Island ni.. perjalan diteruskan ke Monkey Bay utk snorkelling.

Monkey Bay

Masa sampai monkey bay ni kitorg turun terus utk snorkeling.. dia x berhentikan kat tepi pulau tu sbb banyak sangat monyet. dr atas boat pun boleh nmpk.. tapi ada jee org yg lepak2 kat situ.

So aku n abg syuk turun. tp izzad x nk.. x reti katanyaa.. dh puas pujuk pun x nk.. hmm rugila..

kat sini snorkel mmg cantik sgt x mcm pangkor yg mmg x nmpk apa. Penuh air kencing je rasanya.

Mmg lawa. Feeling2 berenang dgn fishh.. Fish je suka.. Suka je fishh.. Kannnnx10000

Kat sini hati2 sikit sbb banyak landak laut.. dr atas boat pun boleh nmpk.





Mmg lawa ok.. nmpk coral2 dia.. *gmbr2 diatas just screenshot sbb asalnya video.. malas nk upload video*

Sampai penat n puas, tangan dh lenguh terus naik..

Then assistant tour guide tu ckp ''look at that'' haaa amik kauu ular laut yg belang2 putih hitam kuning tuu.. erkkk. ular kecik jee tp kalau tgh2 berenang tiba2 depan mata mau x kejung aku kat situ.. nasib dh naik atas. hahaha.

Then last stop x ingat nama tmpt ni..

Aku tak turun sbb tangan dh lenguh2 hyper sgt kat stop first td. So abg syuk je snorkel sorg. Aku? Pose atas boat jelaa..

Then tepat pukul 3 ptg balik ke nopparathara beach. Sambil tu ada bg buah2 sejukk. Refresh gila. Dh laa tgh2 panas. Makan buah sejuk.. Atas laut pehh. Air pun diorg bagi so jgn risau kalau x bawak air. Tp kalau nk prepare air lebih bawa la.



Lebih kurang sejam rasa angin laut atas boat yg laju mmg best. Lintas chicken island (kalau amik pakej 4 island pegi sini)


Sampai je Nopparathara beach patah balik ao nang naik van retiss.. van yg besauu tu.

Tp aku suruh org tu drop kat Krabi Resort je sbb nk makan pancake kak yaminlah. Malas nk menapak dr hotel. Dah le jauh..

Turun2 je sampai laa pancake kak yaminlah yg sangat famous di kalangan pelancong terutamanya dr msia.

Itulah kak yaminlah
Mana yg x tau location kedai kak yaminlah ni nampak kan Krabi Resort? haa kat situ la dia.
Dah sampai Krabi Resort tu mmg dh nmpk dh kawasan kedai2 makan tepi jalan tu.
kat situ la kedai kak yaminlah.. paling hujung.

So sempat merasa chocolate w susu 30 baht dgn banana nutella 40 baht.

Org x ramai lagi sbb baru bukak.. Pancake dia agak berminyak tp rangup

Then lepas je makan, lepak2 jap terus jalan ke pantai ao nang nk tgk sunset kononnya..

Sambil2 jalan jumpa air kelapa ni yg video cara 'kupas' dia sgt unik viral kat fb. 50 baht je. Mmg dapp sgt2.. Kat msia xde lagi rasanya. Rasanya lah. X tau laa kalau dh ada.


Air dia sgt banyak n isi dia mmg puas.. Manis sgt. Sambil2 tgk sunset.. Pehhh layan.

Ddk2 jap then jalan2 pantai.. Tak puas amik angin pantai kot.. Sunset masa tu boleh laa lawa tp x brp menjadi sbb mendung masa tu. Hujan pun rintik2 kejap.

merenung ke tengah lautan....

mercu tanda ao nang kot..
Agak2 dh nk malam dah puas jalan terus balik hotel.. Jalan je 20 minit..

Sambil2 tu survey restoran mana nk kena terkam..

So lepas balik, mandi siap2 keluar balik cari makan..

Malam ni makan dkt Bangboo Restaurant betul2 dekat area Masjid Ao Nang.. terasa nk makan seafood la pulak.. kalau dh sampai thailand mmg x sah kalau x rasa Tom Yam n Som Tum kann.

Sorry x menyempat nk tgk kamera. hahaha


So lepas puas melatak, balik bilik terus sbb mmg x larat + nk charge diri utk next day nk buat aktiviti Jungle Tour.... huhu.

Zzzzz...

...AA Backpack Ke Krabi 2015...

link...

Backpack to Krabi #1 (KLIA2)
Backpack to Krabi #2 (Krabi Weekend Night Market)
Backpack to Krabi #4 (Jungle Tour)
Backpack to Krabi #5 (Krabi-Hatyai)
Blanco Room and Apartment

..

1 comment:

  1. Bro island hooping korg habis around what time ye?:)

    ReplyDelete