Tuesday, 21 April 2015

DPI2B2LGK! Eps.2

HOLLA !

Alright, so this is kesinambungan dari entry lepas ->  DPI2B2LGK! Eps.1

So harini aku cerita start hari kedua n sampai balik lah.

So hari kedua subuh2 buta lagi aku dah bangun. Tak nak berebut bilik air punya pasal. walapun tandas dlm rumah tu ada dua tp biasalah kalau dh ddk 10 orang bujang semuanya mau gila nak beratur.

Lepas sarapan kat apartment semua, pukul 8.30 kitorg kumpul kat bawah apartment. Bas n Abg Shah dah sampai tepat pada waktunya. So, first tmpt kitorg pegi is Pantai Cenang. Macam aku ckp dlm entry lepas, pantai cenang dari apartment aku agak jauh sikit so makan masa dalam 20 minit gak lah.

Sampai-sampai je apa lagi, terjah laa laut tu.


Kitorg x mandi punn, basah2 kan kaki je sebab lepastu nk pegi cable car lagi. Takut jadi rushing pulak.

Time tgh santai2, aku n budak2 yg nak naik payung terjun semalam pun kumpul2 kan duit. Nak tggu dia punya prepare boat n payung terjun tu punya lah lama. almaklumlah, pagi2 buta dah terpacak kat pantai tu, orang baru nak buka kedai xD

Lepas dah siap2 semua. Abang tu pun bawalah kitorg ke satu pulau ni. yg mana nak naik je pegi. So yg x nak naik boleh buat cucur di tepi pantai dulu yee.
Pulau tu memang lawaa. lupa pulak nama pulau tu. dia ada batu2 mcm refleksologi tu. Tak payah nk urut2 kaki jauh2. kihkih
Nak bersiap pakai peralatan semua pun ambik masa lama. ada laa jugak dlm 30 minit.

Bila dah siap. sorang2 naik. Dimulakan dgn Izzad. Aku last sekali. saje diorg nak hanj kan aku. tah papee tah.

Gila babeng punya tanned mamat ni xD
perlepasan pertama daripada Mr. Izzad xD
Dan pendaratan terakhir dilakukan oleh Mr. Muhammad Adib yeahh!
Nampak takk??!
Syokkk wuu naik bendalah ni. Tak rugi labur RM45 utk naik parasailing ni. mula2 tu memang nervous+takut

Tapi bila dah sampai atas kau akan berkata kepada guide korg. 'Jack, I'm flying! I'm flying!' . Gituuu.. mau bercinta atas angin tu terus terjunam kena makan white shark. *WhiteShark mana ada kat langkawi lah ngekk --'
heading back to Pantai Cenang
So lepas balik je dari pulau tu terus berdesup ke bas sbb yg lain dah tggu. bnyk makan masa dekat kitorg je. kahkah. Then lepas tu terus pegi ke SkyCab Cable Car. perjalanan amik masa lebih kurang 40 minit sebelum sampai ke SkyCab.

Ohh lupa. Kitorg punya tiket cable car tu Abg Shah tlg belikan sbb dia kata kalau beratur takut masa boarding lagi lama. Dia x kenakan extra charge pun. harga tetap sama RM20 per pax. *harga tiket2 semua x termasuk pakej kitorg, so byr sendiri lah ye.* Ada jugak yg x nak naik. takut lah, ape lah. Tapi rugi lah dah sampai x naik kann.

So kitorg sampai dalam pukul 1 mcm tu, Abg Shah terus ambil tiket kitorg yg dia dh book. Masa boarding cable car kitorg pukul 1.30. So masih ada masa lagi nk duduk2 kejap.

Tepat 1.30 kitorg masuk. Masuk beratur punya lahh lama. ada dlm sejam gak. orang ramai. Tapi Abg Shah ckp kalau diikutkan haritu kira x ramai pun. So mcm mana laa kalau cuti sekolah kann.
Masa beratur tu ada masuk tempat mcm dlm globe ni dulu, ingatkan tayangan apa. tapi mcm lebih kurang virtual roller coaster gituu. nk buang masa beratur lettew.
Aku punya cable car aku naik dengan Izzad, Mazidah, Pn Su n Miss Wani. Saje je nak naik dgn Pn Su nk tgk muka takut dia. kahkah. Jahat tak jahat tak.
Miss Wani ilekkss je berselfie. Tapi..... xD
Dah sampai atas jumpaa laa segala kaum kerabat kat atas tu. Pemandangan Pulau Langkawi dari atas Gunung Mat Cincang ni mmg lawa. So bergambar je laa sampai cirit.

Angin pada haritu boleh lah jugak dikatakan kuat. kee memang hari2 kencang? >.< Sampai terbang2 topi lect aku haa. nasib x ke laut. kahkah. Setiap kali angin semua jerit mcm titanic nak tenggelam. Almaklumlah, bila kami dah conquer tempat tu kann. hehe

So bila dah puas bergambo nk balik naik cable car dgn orang lain pulak. Kali ni naik ngan Zaki, Hanan, Ady n but still ada Izzad-geng x boleh nk berpisah -.-

Laaa ingatkan Pn Su je gayat. ADY lagi gayat hokaayyy. lagi teruk dari Pn Su. Siap tutup muka dengan beg lagi. Kau rasa? heihh hilang 'mat rempit' dalam diri tu. kahkah. Nasib x de gambar tp ada video kenangan. Tapi tak boleh nk upload pulak. erkkk..

So lepas turun, poi makan dulu kat foodcourt cable car tu then gerak nk sopping pulak !

Tempat pertama utk shopping is RAMS. mmg borong coklat gila babeng laa kat sini
shopping sakan uolssss.
Mula2 ingat nk beli sikit2 je kat RAMS ni sbb lepastu nk ke HIG. org kata kat sana lagi banyak pilihan. So lepas puas sopping kat sini gerak ke HIG pulak.
amik gambar jee.. pastu letak kat rak balik xD
Dah sampai HIG agak lewat petang jugak. so ada masa dlm sejam je nk shopping2.

Orang lain tgh sebok pilih2 cekelat aku dok cari Nutella utk kakak pulak. kirim dari jauh katanya. kat RAMS beli utk diri sendiri dgn 'kekasih' je. cehh. haha.

Last2 cari punya cari bagai nak gila x jumpa. Pegilaa tanya pekerja dia yg tgh load stock2 tu. Tau apa jawapan dia?

''Nutella habislah BANG. reload je habis, reload je habis. so tggu la stock lain sampai.''

Arghhhhhh!!!!! seteressss... Nasib baik dah beli siap2 kat RAMS tadi. So terpaksa lah aku korbankan aku punya utk kakak aku T-T

Kalau aku jutawan, mau aku beli satu HIG ni. Rambang gila mata. Tapi apakan daya, walaupun harganya diskaun merundumdumdum, aku hanya mampu lari ke balik tiang dan buka wallet lalu menangis keseorangan. iskiskisk T-T

So lepas puas shopping, kita urut2 pulak. Urut seringgit jee. x mahal pun. haaa.

Urut kat mana seringgit?

Penah tak pegi shopping mall pastu nmpk kerusi hitam besarrr. kalau kau ddk tapi x bayar nnti dia memekak. haa situlaa. Thanks to Dekya belanja kitorg. kahkahkah.

So balik je semua dah kepenatan malam tu ingat nak rehat je, Budak2 lain ada yg keluar jenjalan aku ddk je laa rumah sorg2. maleh nk follow. keluar pun ke mana je. tempat yg sama gak. heihh.

So bila dh keseorangan x tau nk pi mana ajak jelaa sape2 yg ada lepak warung je. Nasib x jauh. Jalan kaki 10 minit sampai kedai makan kat bawah tu. banyakk kedai.

Melatak bersama Dekya n Alwani
Lepas makan2, lepak2, gossip2, angkat bontot gerak balik ke rumah masing2. Elok jee sampai rumah, budak2 lain semua dh sampai. Capai tilam, capai bantal, pengsann..

Hari esoknya dpt bangun lmbt sikit, Check out pukul 11, Sementara tggu bas tu nyempatkan diri penuhkan memory xD

Tepat 11.30 bas sampai. Sampai jetti dlm 11.45 mcm tu. Ferry pukul 1, So jalan2 jelaa kat jetty tu. Mana yg nk menghabiskan duit, touch up2 mekap.

Pukul 12.30 gerak masuk ferry. Ramai jugaklah orang. walaupun bukan musim cuti ni.
Gambar sendiri xde, amik gambar miss je xD
Sampai jetty Kuala Perlis dalam pukul 2-3 mcm tu *lupa lak*. Naik je bas, terus gerak balik JB. Sampai JB pukul 3.30 pagi. Lagi lari masa anggaran. masa anggaran pukul 5.30 nak ke subuh mcm tu xD


Tapi Alhamdulillah trip ni dari awal sampai akhir berjaya dijalankan n dpt respon yg baik dari lecturers. Pn Su kata trip ni pecah rekod sbb baru Sem2 tapi dpt handle projek besar. Alhamdulillah. 

Walaupunnn gitu, next sem aku bertekad TAKNAK lagi handle projek2 gini. Seronok mmg seronok yee. Tapi bukan mudah nk capai sampai tahap 'seronok' mcm ni. Rasa nak bunuh diri je. Bila dah habis program Tuhan je tahu mcm mana lega rasanya. pheuuwww. 

So sampai je JB, rehat 2 hari, hari selasa balik Keyel bersama teman sejati. Cuti study week katakann. balik study ke masalahnya? Rinduu family... nak amik berkat sebelum exam.. hikkkk


So that's all laa ALKISAH DPI2B2LGK nii. Semoga jumpa lagi di entry hadapan ! Bye yalsss.!


I'm a diva I'm I'm a DIVA ! *joget* xD

No comments:

Post a Comment