Sunday, 19 April 2015

DPI2B2LGK ! Eps.1

Yeahhh baru dapat kesempatan nk hapdet entry ni ! Dah habis sem 2, selesai satu masalah, tenangkan otak, tenangkan fikiran, goyang pinggul ! haha. So kali ni aku nk cerita pasal projek marketing yg aku ckpkan last entry iaitu DPI2B2LGK.

Okay. DPI2B2LGK ni act is shortform yg aku create sendiri dari perkataan DPI2B (my class) 2 amik dr perkataan 'to' lah. and LGK is shortform for Langkawi.


Actually trip ni sepatutnya pergi Terengganu. tp x dpt kelulusan kolej sebab kat sana baru pulih dr banjir kann. So x dpt laa nk proceed. then mula2 ingat nk pegi dekat2 je. mcm2 cadangan diorg bagi, sampai gaduh2 bagai.

Last2 aku saje je nk main2 bg cadangan nk pegi langkawi. dah tiba2 pulak rajin sampai mengoogle bukak pakej tu, pakej ni. last2 semua sebulat suara satu kelas kita hangkut pegi Langkawi!

Excited laa jugak first time nk jejakkan kaki kat sana. orang lain semua dh pegi dh. aku je sedehh famili x reti nk bawak pegi holiday kann.

Agak x masuk akal jugak sbb kos tinggi n tmpt yg kitorg nk pegi ni dari kolej mmg jauh, (Larkin, Johor) sampai ke Kuala Perlis. berapa jam perjalanan tu? Dari hujung semenanjung sampai hujung semenanjung. haa. Lecturer kitorg sendiri mcm x yakin kitorg boleh buat trip ni.

TAPI! bukan Adib laa jenis putus2 asa ni. Walau apa pun terjadi, aku tetap akan jalankan trip ni. yelaa. bagai nak gila cari sponsor, buat tu, buat ni x kan tetiba nk cancel. So trip ni melibatkan 30 org budak kelas, 2 org lect, and utk nk cukupkan tempat kitorg amik 4 students lain mana2 yg nak join. So total 36 orang.

Mula2 dah google mcm2 blog nk cari pakej paling murah x jumpa. mmg bnyk yg offer satu kepala RM170 ++ sekali sarapan. tapi nk reduce kan kos punya pasal. Google lagi dan lagi dan AKHIRNYAA.. Terjumpa jugak satu blog ni yg tawarkan harga yg mmg agak berbaloi lah utk student.

Harga yg dia tawarkan termasuk tiket ferry, homestay, and trip kat langkawi. tp x termasuk makan. kalau nak boleh je tmbah. nnti deal dgn dia sendiri.

Dia mmg tawarkan harga untuk sesiapa yg nk buat rombongan ke Langkawi. utk info lanjut boleh klik -> http://langkawihomestays.com/pakej-eylizar/

Seriously pakej yg dia tawarkan sangat berbaloi.! Walaupun ddk homestay (apartment) tapi sangatx300 selesa + mmg sesuai utk student. Homestay yg lengkap yee dia bagi siap ada a/c, peti ais and semualah. TV pun ada. Rasa x nk keluar rumah jek xD

Okay. So trip ni bertolak pd 6.30 ptg 25 Mac. Perjalanan ambil masa lebih kurang 11 jam utk sampai ke Jeti Kuala Perlis.

Dekat RnR Machap x silap xD
Ohh. lupa. Bas ni kitorg sewa dgn kawan abang kepada Mazidah (tudung kuning). So kautim2 last2 dapat 4K nett utk pegi balik. Bas dia pun not bad gak (Y).

So, bila dah malam, ddk dalam bas pekena aircond lagi mmg membadak laa semua kann. bangun2 je sedor2 toleh kiri kanan tau2 dah sampai Kuala Perlis. matii nakk. awal gila sampai. target sampai dlm 8-9 pagi so book tiket ferry pukul 12 tghhari. rupa2 sampai 5.40 pagi. Abang ni mmg bawak racing habis! patutlaa rasa main buaian je xD


Sampai2 je, abang bas tu drop kitorg kat masjid sebelah jeti. elok2 sampai terus azan subuh berkumandang. So ada la masa utk diorg bersiap. 

Lepas dah solat, bersiap semua. aku nak laa cepatkan waktu ferry tu kan so x membuang masa x buat apa2 kann.. So terus call Pn Eylizar tu ckp nk ceoatkan waktu naik ferry. last2 dia suruh deal kat kaunter ferry yg dia dh book tu. Tapi nasib baik boleh. so kitorg decide naik ferry pukul 9. 


Lect gua pun hantu selfie okay. 
Naik je ferry sampai Pulau Langkawi dlm pukul 11 pagi. Pn Eylizar tu dh bg semua info nk jumpa siapa kat sana, no plat bas, lengkap. So turun2 je ferry, terus pegi kat bas yg dia nyatakan. Siap tour guide sekali. 

our tour guide
So sampai2 kitorg x check in homestay terus. kitorg teruskan perjalanan sbb x nk buang masa. So tmpt pertama Abg Shah (tour guide) bawak kitorg is KILIM GEOFOREST PARK.

Tempat ni dia akan bawa kita naik boat n pusing2 kat kawasan pulau tu. tengok burung helang secara LIVE ! tengok hidupan haiwan laut yg korg x pernah tengok, masuk dalam Gua Kelawar. huhuu. terjumpa 'Kak Mon'. hahaha

cer teka dia bg makan kat sapa? hahaha
Lepas KILIM, kitorg terus mencekik kat satu kedai yg Abg Shah ni bawak.

Boleh tahan laa sedap n harga dia pun tak mahal. Air free refill ye uolss. ada air sirap, teh o ais, grape n 2-3 jenis lagi air yg FREE REFILL. sumbat laa sampai kau kembung.

Then, kitorg teruskan perjalanan ke MH Saujana iaitu tmpt proses minyak gamat. Abg Shah kata ni atr tmpt proses gamat yg terbaik dekat Langkawi ni sbb dia ada minyak spesial apetah nama dia.

So sampai2 je. tgk laa cara org tu bakar minyak tu.
Lepas dah tgk cara buat minyak, masuk kedai dia dgr dia introduce pasal produk2 dia. bukan minyak gamat sahaja yee yg dia jual. mcm2 jenis produk kecantikan dia ada. Sabun, lotion, bedak, utk org kecik, utk dewasa. So dr sini kita dapat belajar cara pengsegmentasian yg dia buat yee. cehh.

So aku pun yg gelojoh nak cantik angkut laa sabun cuci muka dgn sabun badan. wangiii..

Selepas tu, kitorg dibawa ke Kedai Batik yg jual bannyaakk jenis batik n tshirt. Seluar bob marley jadah haram tu pun ada yee. n ada jugak jadah haram yang beli.

Posing yee cik kak kita xP
Lepas dah puas jalan, n shopping for first day, baru lah check-in homestay. tempat tinggal kitorg ni dekat Apartment Sri Lagenda...
pemandangan dari balkoni. *sadly swimming pool tengah renovate masa tu. so air dia jadi hijau ketaikan*
Bila orang xde rumah jumpa rumah mcm ni laa jadinya.
Aktiviti malam bebas, sooo bila dah kebosanan merayap laa jawabnyaa. haha. So Asyrani aka wanita kental kita sewa VAN n kitorg cari Pantai Cenang. Takdelaa semua pegi, mau mampus semua sumbat dlm van. geng2 kitorg je dgn Miss Wani sekali.

Lokasi Pantai Cenang dgn homestay kitorg agak jauh la jugak sbb kitorg ddk kat erea Pekan Kuah. So cari punya cari sampai nk sesat haha serious x boleh blah siap tanya orang. bila nk dekat senja tu jumpaa jugak.

sampai2 agak jakun sbb nmpk org tgh naik bendalah ni.

Lepastu aku pun tanyalaa abg yg jaga benda tu harga semua. Sbb ingat nk naik benda tu keesokannya sbb tentatif esok kitorg akan ke sana. So dah deal harga semua dia bg no tel dia, esok dia kata cari dia balik.
Lepas dh menikmati senja, perut mula lapar, so let's jalan2 cari makan. Kat area situ ada pasar malam. macam2 makanan ada haa. mmg yummy! So dah beli utk diri sendiri, beli utk member kat bilik jugak. siann diorg kena tinggal. haha. Dah balik bilik, mencekik, malam tu pegi Eagle Square pulakk..

Kali ni meletop Puan Su (lect subjek) nak ikut sekali. dalam pukul 9.30 mcm tu kitorg gerak pegi Eagle Square. Dah sampai hapalagi. keluar laa segala senjata bergambar yallsss..


Dah puas posing mcm2 gaya, masing2 balik rumah, berdengkurrr. Rehatkan badan  utk next day pulak..



To Be Continue... 


DPI2B2LGK! Eps.2

.

No comments:

Post a Comment