Tuesday, 21 April 2015

DPI2B2LGK! Eps.2

HOLLA !

Alright, so this is kesinambungan dari entry lepas ->  DPI2B2LGK! Eps.1

So harini aku cerita start hari kedua n sampai balik lah.

So hari kedua subuh2 buta lagi aku dah bangun. Tak nak berebut bilik air punya pasal. walapun tandas dlm rumah tu ada dua tp biasalah kalau dh ddk 10 orang bujang semuanya mau gila nak beratur.

Lepas sarapan kat apartment semua, pukul 8.30 kitorg kumpul kat bawah apartment. Bas n Abg Shah dah sampai tepat pada waktunya. So, first tmpt kitorg pegi is Pantai Cenang. Macam aku ckp dlm entry lepas, pantai cenang dari apartment aku agak jauh sikit so makan masa dalam 20 minit gak lah.

Sampai-sampai je apa lagi, terjah laa laut tu.


Kitorg x mandi punn, basah2 kan kaki je sebab lepastu nk pegi cable car lagi. Takut jadi rushing pulak.

Time tgh santai2, aku n budak2 yg nak naik payung terjun semalam pun kumpul2 kan duit. Nak tggu dia punya prepare boat n payung terjun tu punya lah lama. almaklumlah, pagi2 buta dah terpacak kat pantai tu, orang baru nak buka kedai xD

Lepas dah siap2 semua. Abang tu pun bawalah kitorg ke satu pulau ni. yg mana nak naik je pegi. So yg x nak naik boleh buat cucur di tepi pantai dulu yee.
Pulau tu memang lawaa. lupa pulak nama pulau tu. dia ada batu2 mcm refleksologi tu. Tak payah nk urut2 kaki jauh2. kihkih
Nak bersiap pakai peralatan semua pun ambik masa lama. ada laa jugak dlm 30 minit.

Bila dah siap. sorang2 naik. Dimulakan dgn Izzad. Aku last sekali. saje diorg nak hanj kan aku. tah papee tah.

Gila babeng punya tanned mamat ni xD
perlepasan pertama daripada Mr. Izzad xD
Dan pendaratan terakhir dilakukan oleh Mr. Muhammad Adib yeahh!
Nampak takk??!
Syokkk wuu naik bendalah ni. Tak rugi labur RM45 (walaupun orang belanja xD) utk naik parasailing ni. mula2 tu memang nervous+takut

Tapi bila dah sampai atas kau akan berkata kepada guide korg. 'Jack, I'm flying! I'm flying!' . Gituuu.. mau bercinta atas angin tu terus terjunam kena makan white shark. *WhiteShark mana ada kat langkawi lah ngekk --'
heading back to Pantai Cenang
So lepas balik je dari pulau tu terus berdesup ke bas sbb yg lain dah tggu. bnyk makan masa dekat kitorg je. kahkah. Then lepas tu terus pegi ke SkyCab Cable Car. perjalanan amik masa lebih kurang 40 minit sebelum sampai ke SkyCab.

Ohh lupa. Kitorg punya tiket cable car tu Abg Shah tlg belikan sbb dia kata kalau beratur takut masa boarding lagi lama. Dia x kenakan extra charge pun. harga tetap sama RM20 per pax. *harga tiket2 semua x termasuk pakej kitorg, so byr sendiri lah ye.* Ada jugak yg x nak naik. takut lah, ape lah. Tapi rugi lah dah sampai sini x naik kann.

So kitorg sampai dalam pukul 1 mcm tu, Abg Shah terus ambil tiket kitorg yg dia dh book. Masa boarding cable car kitorg pukul 1.30. So masih ada masa lagi nk duduk2 kejap.

Tepat 1.30 kitorg masuk. Masuk beratur punya lahh lama. ada dlm sejam gak. orang ramai. Tapi Abg Shah ckp kalau diikutkan haritu kira x ramai pun. So mcm mana laa kalau cuti sekolah kann.
Aku punya cable car aku naik dengan Izzad, Mazidah, Pn Su n Miss Wani. Saje je nak naik dgn Pn Su nk tgk muka takut dia. kahkah. Jahat tak jahat tak.
Miss Wani ilekkss je berselfie. Tapi yang sebelah tu... xD
Dah sampai atas jumpaa laa segala kaum kerabat kat atas tu. Pemandangan Pulau Langkawi dari atas Gunung Mat Cincang ni mmg lawa. So bergambar je laa sampai cirit.

Angin pada haritu boleh lah jugak dikatakan kuat. kee memang hari2 kencang? Sampai terbang2 topi  aku haa. nasib x ke laut. kahkah. Setiap kali angin semua jerit mcm titanic nak tenggelam. Almaklumlah, bila kami dah conquer tempat tu kann. hehe

So bila dah puas bergambo nk balik naik cable car dgn orang lain pulak. Kali ni naik ngan Zaki, Hanan, Ady n again, Izzad.

Laaa ingatkan Pn Su je gayat. ADY lagi gayat hokaayyy. lagi teruk dari Pn Su. Siap tutup muka dengan beg lagi. Kau rasa? heihh hilang 'mat rempit' dalam diri tu. kahkah. Nasib x de gambar tp ada video kenangan. Tapi tak boleh nk upload pulak. erkkk..

So lepas turun, poi makan dulu kat foodcourt cable car tu then gerak nk sopping pulak !

Tempat pertama utk shopping is RAMS. mmg borong coklat gila babeng laa kat sini
shopping sakan uolssss.
Mula2 ingat nk beli sikit2 je kat RAMS ni sbb lepastu nk ke HIG. org kata kat sana lagi banyak pilihan. So lepas puas sopping kat sini gerak ke HIG pulak.
amik gambar jee.. pastu letak kat rak balik xD
Dah sampai HIG agak lewat petang jugak. so ada masa dlm sejam je nk shopping2.

Orang lain tgh sebok pilih2 cekelat aku dok cari Nutella utk kakak pulak. kirim dari jauh katanya. kat RAMS beli utk diri sendiri dgn 'kekasih' je. cehh. haha.

Last2 cari punya cari bagai nak gila x jumpa. Pegilaa tanya pekerja dia yg tgh load stock2 tu. Tau apa jawapan dia?

''Nutella habislah BANG. reload je habis, reload je habis. so tggu la stock lain sampai.''

Arghhhhhh!!!!! seteressss... Nasib baik dah beli siap2 kat RAMS tadi. So terpaksa lah aku korbankan aku punya utk kakak aku T-T

Kalau aku jutawan, mau aku beli satu HIG ni. Rambang gila mata. Tapi apakan daya, walaupun harganya diskaun merundumdumdum, aku hanya mampu lari ke balik tiang dan buka wallet lalu menangis keseorangan. iskiskisk T-T

So lepas puas shopping, kita urut-urut pulak. Urut seringgit jee uolss. x mahal pun. haaa.

Urut kat mana seringgit?

Penah tak pegi shopping mall pastu nmpk kerusi hitam besarrr. kalau kau ddk tapi x bayar nnti dia memekak. haa situlaa. Thanks to Dekya belanja kitorg. kahkahkah.

So balik je semua dah kepenatan malam tu ingat nak rehat je, Budak2 lain ada yg keluar jenjalan aku ddk je laa rumah sorg2. maleh nk follow. keluar pun ke mana je. tempat yg sama gak. heihh.

So bila dh keseorangan x tau nk pi mana ajak jelaa sape2 yg ada lepak warung je. Nasib x jauh. Jalan kaki 5 minit sampai kedai makan kat bawah tu. banyakk kedai.

Melatak bersama Dekya n Alwani
Lepas makan2, lepak2, gossip2, angkat bontot gerak balik ke rumah masing2. Elok jee sampai rumah, budak2 lain semua dh sampai. Capai tilam, capai bantal, pengsann..

Hari esoknya dpt bangun lmbt sikit, Check out pukul 11, Sementara tggu bas, kita sempatkan diri penuhkan memory xD

Tepat 11.30 bas sampai. Sampai jetti dlm 11.45 mcm tu. Ferry pukul 1, So jalan2 jelaa kat jetty tu. Mana yg nk menghabiskan duit, touch up2 mekap.

Pukul 12.30 gerak masuk ferry. Ramai jugaklah orang. walaupun bukan musim cuti ni.
Gambar sendiri xde, amik gambar miss je xD
Sampai jetty Kuala Perlis dalam pukul 2-3 mcm tu *lupa lak*. Naik je bas, terus gerak balik JB. Sampai JB pukul 3.30 pagi. Lagi lari masa anggaran. masa anggaran pukul 5.30 nak ke subuh mcm tu xD


Tapi Alhamdulillah trip ni dari awal sampai akhir berjaya dijalankan n dpt respon yg baik dari lecturers. Pn Su kata trip ni pecah rekod sbb baru Sem2 tapi dpt handle projek besar. Alhamdulillah. 

Walaupunnn gitu, next sem aku bertekad TAKNAK lagi handle projek2 gini. Seronok mmg seronok yee. Tapi bukan mudah nk capai sampai tahap 'seronok' mcm ni. Rasa nak bunuh diri je. Bila dah habis program Tuhan je tahu mcm mana lega rasanya. pheuuwww. 

So sampai je JB, rehat 2 hari, hari selasa balik Keyel bersama teman sejati. Cuti study week katakann. balik study ke masalahnya? Rinduu family... nak amik berkat sebelum exam.. hikkss

So that's all laa ALKISAH DPI2B2LGK nii. Semoga jumpa lagi di entry hadapan ! Bye yalsss.!

Sunday, 19 April 2015

DPI2B2LGK ! Eps.1

Yeahhh baru dapat kesempatan nk hapdet entry ni ! Dah habis sem 2, selesai satu masalah, tenangkan otak, tenangkan fikiran, goyang pinggul ! haha. So kali ni aku nk cerita pasal projek untuk subjek Fundamental Of Marketing yg aku ckpkan last entry iaitu DPI2B2LGK.

Okay. DPI2B2LGK ni act is shortform yg aku create sendiri dari perkataan DPI2B (my class) 2 amik dr perkataan 'to' lah. and LGK is shortform for Langkawi.


Actually trip ni sepatutnya pergi Terengganu. tp x dpt kelulusan kolej sebab kat sana baru pulih dr banjir kann. So x dpt laa nk proceed. then mula2 ingat nk pegi dekat2 je. mcm2 cadangan diorg bagi, sampai gaduh2 bagai.

Last2 aku saje je nk main2 bg cadangan nk pegi langkawi. Dah tiba2 pulak rajin sampai mengoogle bukak pakej tu, pakej ni. last2 semua sebulat suara satu kelas kita hangkut pegi Langkawi!

Excited laa jugak first time nk jejakkan kaki kat sana. Orang lain semua dh pegi dh. Aku je sedehh famili jenis tak pegi holiday kann..

Agak x masuk akal jugak sbb kos tinggi n tmpt yg kitorg nk pegi ni dari kolej mmg jauh, (Larkin, Johor) sampai ke Kuala Perlis. berapa jam perjalanan tu? Dari hujung semenanjung sampai hujung semenanjung. haa. Lecturer kitorg sendiri mcm x yakin kitorg boleh buat trip ni.

TAPI! Bukan Adib laa jenis putus2 asa ni. Walau apa pun terjadi, aku tetap akan jalankan trip ni. yelaa. bagai nak gila cari sponsor, buat tu, buat ni x kan tetiba nk cancel.

So trip ni melibatkan 30 org budak kelas, 2 org lect, and utk nk cukupkan seat bas (supaya takde pembaziran) kitorg amik 4 students lain mana2 yg nak join. So total 36 orang.

Mula2 dah google mcm2 blog nk cari pakej paling murah x jumpa. mmg bnyk yg offer satu kepala RM170 ++ sekali sarapan. tapi nk reduce kan kos punya pasal. Google lagi dan lagi dan AKHIRNYAA.. Terjumpa jugak satu blog ni yg tawarkan harga yg mmg agak berbaloi lah utk student.

Harga yg dia tawarkan termasuk tiket ferry, homestay, and trip kat langkawi. tp x termasuk makan. kalau nak boleh je tmbah. nnti boleh deal dgn dia sendiri. Ohh pakej ni pun x termasuk transport ke Kuala Perlis. Kiranya pakej dia ni start kat sana la.

Dia mmg tawarkan harga untuk sesiapa yg nk buat rombongan ke Langkawi. utk info lanjut boleh klik -> http://langkawihomestays.com/pakej-eylizar/

Seriously pakej yg dia tawarkan sangat berbaloi.! Walaupun ddk homestay (apartment) tapi sangat sangat sangat selesa + mmg sesuai utk student. Homestay yg lengkap yee dia bagi siap ada a/c, peti ais and semualah. TV pun ada. Rasa x nk keluar rumah je xD

Okay. So trip ni bertolak pd 6.30 ptg 25 Mac 2015. Perjalanan ambil masa lebih kurang 11 jam utk sampai ke Jeti Kuala Perlis.

Dekat RnR Machap x silap xD
Ohh. lupa. Bas ni pula kitorg sewa dgn kawan abang kepada Mazidah (tudung kuning). So kautim2 last2 dapat 4K nett utk pegi balik. Bas dia pun not bad gak. Sangat okay!

So, bila dah malam, ddk dalam bas pekena aircond lagi mmg membadak laa semua kann. Bangun2 je sedor tau-tau dah sampai Kuala Perlis. Matii lanakk. Awal gila sampai. Target sampai dlm 8-9 pagi so book tiket ferry pukul 12 tghhari. rupa2 sampai 5.40 pagi. Abang ni bawak mmg toretto habis! patutlaa rasa main buaian je xD


Sampai2 je, abang bas tu drop kitorg kat masjid sebelah jeti. Elok2 sampai terus azan subuh berkumandang. So ada la masa utk diorg bersiap. 

Lepas dah solat, bersiap semua. aku nak laa cepatkan waktu ferry tu kan so x membuang masa x buat apa2 kann.. So terus call Pn Eylizar tu ckp nk cepatkan waktu naik ferry. Last2 dia suruh deal kat kaunter ferry yg dia dh book tu sbb takut ferry penuh. Nasib baik boleh. So kitorg dapat tukar waktu ferry pukul 9.


Lect gua pun hantu selfie okay. 
Naik je ferry sampai Pulau Langkawi dlm pukul 11 pagi. Pn Eylizar tu dh bg semua info nk jumpa siapa kat sana, no plat bas, lengkap. So turun2 je ferry, terus pegi kat bas yg dia nyatakan. Siap tour guide sekali. 

our tour guide
So sampai2 kitorg x check in homestay terus. kitorg teruskan perjalanan sbb x nk buang masa. So tmpt pertama Abg Shah (tour guide) bawak kitorg is KILIM GEOFOREST PARK.

Tempat ni dia akan bawa kita naik boat n pusing2 kat kawasan pulau tu. tengok burung helang secara LIVE ! tengok hidupan haiwan laut yg korg x pernah tengok, masuk dalam Gua Kelawar. huhuu. terjumpa 'Kak Mon'. hahaha

cer teka dia bg makan kat sapa? hahaha
Lepas KILIM, kitorg terus mencekik kat satu kedai yg Abg Shah ni bawak.

Boleh tahan sedap n harga dia pun tak mahal. Air free refill ye uolss. ada air sirap, teh o ais, grape n 2-3 jenis lagi air yg FREE REFILL. sumbat laa sampai kau kembung.

Then, kitorg teruskan perjalanan ke MH Saujana iaitu tmpt proses minyak gamat. Abg Shah kata ni atr tmpt proses gamat yg terbaik dekat Langkawi ni sbb dia ada minyak special apetah nama dia.

So sampai2 je. tgk laa cara org tu bakar minyak tu.
Lepas dah tgk cara buat minyak, masuk kedai dia dgr dia introduce pasal produk2 dia. bukan minyak gamat sahaja yee yg dia jual. mcm2 jenis produk kecantikan dia ada. Sabun, lotion, bedak, utk org kecik, utk dewasa. So dr sini kita dapat belajar cara pegsegmentasian yg dia buat yee. cehh.

So aku pun yg gelojoh nak cantik angkut laa sabun cuci muka dgn sabun badan. wangiii..

Selepas tu, kitorg dibawa ke Kedai Batik yg jual bannyaakk jenis batik n tshirt. Seluar bob marley jadah haram tu pun ada yee.

Lepas dah puas jalan, n shopping for first day, baru lah check-in homestay. tempat tinggal kitorg ni dekat Apartment Sri Lagenda...
pemandangan dari balkoni. *sadly swimming pool tengah renovate masa tu. so air dia jadi hijau kelojian*
Bila orang xde rumah jumpa rumah mcm ni laa jadinya.
Aktiviti lepastu bebas, sooo bila dah kebosanan merayap laa jawabnyaa. haha. So waktu petang tu Asyrani aka wanita kental kita sewa VAN n kitorg cari Pantai Cenang. Takdelaa semua pegi, mau mampus semua sumbat dlm van. Geng2 kitorg je dgn Miss Wani sekali.

Lokasi Pantai Cenang dgn homestay kitorg agak jauh la jugak sbb kitorg ddk kat erea Pekan Kuah. So cari punya cari sampai nk sesat haha serious x boleh blah siap tanya orang. bila nk dekat senja tu jumpaa jugak.

sampai2 agak jakun sbb nmpk org tgh naik bendalah ni.

Lepastu aku pun tanyalaa abg yg jaga benda tu harga semua. Sbb ingat nk naik benda tu keesokannya sbb tentatif esok kitorg akan ke sana. So dah deal harga semua dia bg no tel dia, esok dia kata cari dia balik.
Lepas dh menikmati senja, perut mula lapar, so let's jalan2 cari makan. Kat area situ ada pasar malam. macam2 makanan ada haa. mmg yummy! So dah beli utk diri sendiri, beli utk member kat bilik jugak. siann diorg kena tinggal. haha. Dah balik bilik, mencekik, malam tu pegi Eagle Square pulakk..

Kali ni meletop Puan Su nak ikut sekali. dalam pukul 9.30 mcm tu kitorg gerak pegi Eagle Square. Dah sampai hapalagi. keluar laa segala senjata bergambar yallsss..


Dah puas posing mcm2 gaya, masing2 balik rumah, berdengkurrr. Rehatkan badan  utk next day pulak..



To Be Continue... 


DPI2B2LGK! Eps.2

.